Salam semua...hah, tiba-tiba rasa macam nak menulis cerpen pulak minggu lepas. So, Z pun taip-taip dan jadilah cerpen ni. Walaupun masih amatur lagi, tapi Z puas hati la sebab jadi jugak nak menulis daripada tak jadi langsung....Ntah apa-apa yang Z merapu pun Z tak tahu dalam cerpen ni, tapi ada yang Z nak sampaikan...
Tajuk dia Hujan sebab, lately, asyik hujan jer dekat tempat Z beajar ni, hujannya tak berenti-renti dah tiga bulan...memang dah musim dia katakan la kan...so erm....selamat membaca...
.................................................................................................................................................................
HUJAN
Dikala langkah kakinya menyentuh kawasan yang lapang di sebelah dewan majlis perkahwinan itu terasa titik-titik hujan renyai jatuh di tapak tangan. Segera dia mendongak mencari secarik awan hitam di langit yang luas.
“Nak pinjam payung?” soal satu suara dari tepi. Marlia mengerutkan dahinya.
“Hujan tak lebat....”balas Marlia memberi alasan. Lelaki itu tersenyum kecil.
“Sebab hujan tak lebat la saya offer kat awak. Kalau lebat, saya yang guna sendiri. Pulangkan sekali dengan payung hari tu ye.”ujarnya tersenyum sambil meninggalkan payung itu dihadapan Marlia. Marlia hanya tercenggang-cengang melihat dia berlalu pergi.
Tajuk dia Hujan sebab, lately, asyik hujan jer dekat tempat Z beajar ni, hujannya tak berenti-renti dah tiga bulan...memang dah musim dia katakan la kan...so erm....selamat membaca...
.................................................................................................................................................................
HUJAN
Jakarta
Hujan....tap...tap...tap...
Tap...tap...tap....bunyi air hujan yang melanggar pintu
tingkap yang separuh terbuka itu menarik perhatian Lia daripada skrin laptop.
Terpapar ‘homepage facebooknya’ menayangkan berita yang menyebabkan dia terkaku
beberapa ketika sebentar tadi. Apa yang patut dirasakan dan apa yang dirasainya
ketika menatap berita itu sangatlah berbeza. Terbit rasa bersalah di
corong-corong hati tetapi hanya seketika dan digantikan pula dengan rasa
cemburu, putus asa marah dan kecewa. Memang betul kata pepatah, manusia ini
kadang kala bagaikan hujung lurus pangkal berkait, secara luaran nampak baik
tapi di dalamnya hanya Tuhan yang tahu.
Kilat lantai yang mulai basah itu menarik perhatiannya
sekali lagi. Dengan langkahan malas yang amat, perlahan-lahan dia bangun dan
menutup cermin tingkap.Kain buruk di hujung kaki mejanya dihamparkan ke tempat
yang basah takut-takut ada yang tergelincir pula nanti. Maklumlah bukan dia
seorang sahaja yang duduk di bilik ini, ada yang lain juga menghuni. Segera,
Lia merebahkan diri ke atas katil yang dikemas rapi. Syiling bilik yang putih
melepak tanpa sebarang celak dan cela itu ditatap tajam mengembalikan
ingatannya akan kata-kata ustaz Hamid beberapa bulan lalu;
“Rezeki itu di tangan Allah. Andai kata itu rezeki kita,
lambat atau cepat akan sampai juga kepada kita dan pengukurnya kesabaran. Andai
kata itu bukan rezeki kita maksudnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk
kita dan pengukurnya keredaan. Tapi sebenarnya kedua-dua pengukur tu perlu sentiasa
seiringan sebab rezeki Allah itu tidak ada dalam pengetahuan manusia.”
Lia mengangguk perlahan-lahan. Iya, rezeki itu milik Allah,
dan tugasnya sebagai manusia hanya bersabar dan menerima dengan keredaan dari
hati yang ikhlas.
"Dan
Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan
kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan."(Surah Hud : 123)
kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan."(Surah Hud : 123)
Tap...tap...tap....air hujan terus berbunyi meredakan ribut
bencana yang merusuh di dalam hatinya.
.........................................................
“Lia, kau dah dengar berita semalam dah?” soal Alina sebaik
sahaja gadis itu melangkah di sebelahnya. Mereka baru sahaja keluar dari dewan
kuliah untuk menuju ke makmal biochemistry pula. Lia tersenyum kecil, tahu
sangat dengan apa yang dimaksudkan oleh Alina. Dia mengangguk kecil.
“Tahu, aku tengok dekat facebook semalam.”balasnya sambil
tersenyum.
“Kau nak pergi tak....eii...excited nya aku. Tak sabar nak
pergi.”ujar Alina penuh gembira.
“Ye ke?”soal Lia sambil mengerutkan dahi tanda tidak
percaya. Saja mengusik sahabat yang sudah dikenali sejak tiga tahun lalu itu.
Seraya Alina berpaling ke arahnya dan membalas.
“Ye la, bak kata pepatah apa tu sambil berdiang nasi masak, sambil
menyelam minum air. Sambil-sambil meraikan sambil-sambil la kita berkenalan.
Mana tahu sekali pandang ada yang tertawan.”
Lia menggeleng-gelengkan kepala sambil ketawa kecil. Macam-macam
la Alina ni. Ada jer yang bermain-main di dalam otaknya yang memang dah
bergeliga tu. Alina...Alina...
Plik..terasa setitik air jatuh di pipinya. Pantas Lia
memandang ke arah langit ditutupi awan hitam gelap. Beberapa titisan lembut air
hujan kelihatan jatuh bertaburan. Segera dia menarik lengan Alina rapat.
“Dah..dah...cepat sikit jalan tu. Nanti nasi tak sempat nak
masak, air tak sempat nak minum kita dah basah kuyup dulu.”balasnya menyindir.
Seraya Alina menjuihkan bibir dan ketawa kecil. Saja la tu menyindir. Tahu
benar yang dia memang takkan menang kalau nak lawan bercakap dengan Marlia ni. Ada
jer jawapannya. Apa tu...bak kata Prof Soraya beberapa hari lalu bila dah
bercakap tu macam bertih digoreng. Hah, lebih kurang begitulah pandangannya
terhadap Marlia. Entahlah.....Cepat-cepat dia membalas genggaman Lia dan
berlari mencari tempat berlindung.
Lia melihat air hujan yang tadinya hanya turun renyai-renyai
menjadi semakin lebat. Alina yang berada disebelah hanya membisu dan sesekali
memandangnya dengan kerutan di dahi. Risau agaknya maklumlah, kelas praktikal
mereka akan bermula dalam masa 10 minit lagi tetapi tiada pula tanda-tanda
hujan nak reda. Salah mereka juga, dah tahu musim hujan, boleh pula mereka lupa
untuk membawa payung. Hujan ni pun, kalau nak turun tu sabar la sikit! Biar
mereka sampai di makmal dulu. Dengus hatinya.
"Dan Dialah yang meniupkan
angin (sebagai) pembawa kabar gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan) dan
kami turunkan dari langit air yang sangt bersih. agar dengan air itu Kami
menghidupkan negri yang mati(tandus) , dan kami memberi minum kepada
sebagian yang telah Kami ciptakan, (berupa) hewan-hewan ternak dan manusia yang
banyak. dan Sungguh kami telah mempergilirkan (hujan) itu di antara mereka agar
mereka mengambil pelajaran , tetapi kebanyakan manusia tidak mau (bersyukur)
bahkan mengingkari (nikmat )"
(QS.Al-Furqan : 48-50 )
(QS.Al-Furqan : 48-50 )
Ya! Bukankah hujan itu diturunkan sebagai pembawa berita
gembira? Mungkin sebagai salah satu cara untuk Allah mengubati hatinya yang
masih tidak tenteram beberapa hari ini. Dan juga untuk manusia-manusia agar
tanaman dan ternakan mereka terus subur di muka bumiNya yang luas. Lia
mengingatkan diri-sendiri. Dan bukankah mereka yang merungut dan membenci di
kala turunnya hujan adalah mereka yang tidak pandai bersyukur dan mengingkari
nikmat Allah? Astafirghullah hal azhim....agaknya dah berapa kali dah dia
merungut di dalam hati sebab hujan lebat sangat ni. Segera Lia beristighfar beberapa
kali dan mengucap memuji kebesaran Allah s.w.t. Walaupun hujan menghalang
pergerakannya buat sementara namun rahmat Allah ini lebih besar manfaatnya. Dia
yakin akan hal itu. Bibirnya masih lagi terkumat-kamit melafazkan kalimat
Allah.
“ Nak pinjam payung?” tegur satu suara tiba-tiba. Marlia
memandang ke arah lelaki yang berada disebelahnya dengan wajah yang sedikit
terkejut. Pelajar dari Malaysia juga nampaknya tetapi pelajar senior yang tak
pernah dikenali.
“Tak nak guna ke?” soal Marlia kembali. Lelaki itu seraya menggeleng.
“Dah tak ada kelas dah. Cuma tunggu nak balik rumah je ni.
Lagipun kalau naik motor tu saya pakai baju hujan. Ye la mana boleh bawak
payung. ”balas lelaki itu pula.
Marlia mendiamkan diri berfikir ragu-ragu. Iyalah, kalau
boleh dia tidak mahu menyusahkan orang lain apatah lagi orang yang tidak
dikenali. Alina sibuk sahaja mencuit-cuit sikunya tanda mahu menerima,
maklumlah, hujan masih lebat takkan nak masuk makmal basah kuyup. Akhirnya Marlia
mengangguk dan berjanji akan memulangkan payung tersebut apabila mereka
terserempak lain lagi.
Alhamdulillah mungkin rezekinya kali ini dan dalam diam dia
turut mendoakan Allah memurahkan rezeki bagi yang memberi. Bukankah Allah itu maha
Adil. Pasti ada ganjaran yang akan diberikan kepada hamba-hambNya yang berbuat
kebaikan. Kata-kata Maisarah beberapa hari lalu masih lagi terngiang-ngiang
ditelinganya.
“Setiap kebaikan dan kebajikan itu ibarat sebiji benih yang
ditabur diladang, benih itu akan bercambah dan membesar dan menjadi pepohonan
yang merimbun dan akhirnya bila tiba
masanya nanti, pohon-pohon ini akan mencambahkan benih-benih baru yang akan
terus subur. Daripada satu benih itu kita dapat benih yang lain, daripada satu
kebaikan itu, akan ada lebih banyak kebaikan akan menyusul. Oleh itu jangan gentar
untuk berbuat kebaikan, kerana gentar kita hanya pada Tuhan yang Satu.”
....................................................................
“Wahida! Tahniah!Tak sangka.”teguran Syahirah sebaik sahaja
Wahida melangkah masuk ke dewan kuliah menggamit perhatian Lia. Dia melihat Wahida
yang hanya tersenyum simpul.
“Ha’ah Ida. Tup...tup tengok dah ada berita dalam facebook.
Terkejut kitorang sampai jatuh tergolek-golek si Lia ni” sampuk Alina yang
berada di sebelah Marlia. Lia membutangkan mata ke arah Alina geram.
“Amboi, air setitik dilautkan tanah seketul digunungkan
nampak?”sindir Lia. “Bila masa kau ada kat sebelah aku masa aku buka Face book
semalam.”sambungnya lagi.
Alina meletakkan
tangannya ke pinggang sambil mendengus kencang. “Tak sporting la kau ni” balasnya
sambil menjuihkan bibirnya manja. Lia tersenyum kecil. Saja mengusik. Memang
dia suka menyakat sahabatnya yang satu ini. Reaksi Alina kadang-kadang mampu
membuatkan orang ketawa. Nak-nak bila ditunjukkan wajah merajuknya seperti
sekarang. Lia hanya menjeling sekilas ke arah Alina sebelum mengalihkan
perhatian kepada Wahida.
“Tahniah” ucap Lia ringkas kepada Wahida sambil memeluk
tubuh kecil molek itu rapat kepadanya. Wahida mengangguk kecil. Wajahnya yang
putih bersih itu kemerah-merahan menahan malu.
“Terima kasih”balasnya. Lia hanya tersenyum.
Tiba-tiba terasa bahunya dicuit sedikit. Marlia berpaling ke
belakang untuk melihat gerangan yang meminta perhatiannya itu. Maisarah!
“Mai...kenapa?”soalnya apabila melihat wajah sahabat yang
sedikit keruh.
“Kelas dah habis kan. Boleh berjalan pulang dengan aku
sekejap. Ada hal sikit.”balas Maisarah. Marlia hanya mengangguk kecil. Segera
dia mengambil beg tangannya dan memberitahu Alina yang dia akan pulang dahulu.
“Kenapa?”soal Lia apabila Maisarah masih lagi membisu
sedangkan mereka sudah separuh jalan. Kedengaran sahabatnya itu melepaskan
nafas panjang. Marlia mengerutkan dahinya pelik. Setahunya, Maisarah bukan
jenis yang diam begini walau apa pun masalah yang melanda. Tapi kenapa hari ni
tiba-tiba sahabatnya berubah laku? Entahlah....Lia mengambil jalan untuk
mendiamkan diri sahaja dulu.
Jarang mereka pulang dengan berjalan kaki seperti ini.
Maklumlah kota Jakarta ini kota yang sangat sibuk, penuh dengan manusia yang
sentiasa ke hulu dan ke hilir untuk melaksanakan tugas masing-masing. Lia
menarik nafas panjang, menghidup udara segar yang hanya ada setiap kali selepas
hujan turun. Spontan pandangannya dihalakan ke arah langit yang membiru. Tanpa
sedar sebuah senyuman kecil terukir di bibirnya. Sekali-sekala, dia menjeling
ke arah Maisarah yang masih lagi membisu.
"
Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami
tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa
melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)
Tiba-tiba Maisarah menghulurkan sebuah kad kecil berwarna
merah hati kepadanya. Langkahan Marlia terhenti. Memang dia kenal betul dengan
bentuk dan rupa kad tersebut. Tidak perlu ditanya kepada Maisarah daripada
siapakah datangnya. Perlahan-lahan dia mengambil kad kecil itu dan menyimpannya ke dalam beg tangan. Sakit kepalanya
malam tadi kembali mencucuk-cucuk.
“Aku tak tahu apa nak cakap....” ujar Maisara perlahan cuba
memulakan bicara sambil memandang sahabatnya itu tajam. Cuba memahami apa yang
ada di sebalik wajah yang selalu tenang dan tidak berekspresi itu.
Kadang-kadang dia langsung tidak tahu apa yang dirasai oleh Marlia. Marah ke,
sedih ke gembira ke. Hanya ada senyuman kecil yang muncul sekala sekala di
bibir nipis itu kalau gembira dan tidak lebih dari itu. Dia menyambung lagi “Kenapa
selama ni kau tak pernah cakap.....”
“Mai, kau tahu tak Allah turunkan hujan mengikut sukatan?”
soal Marlia sambil memintas kata-kata Maisarah. Maisarah terkelip-kelip
seketika, terkejut dengan pertanyaan yang lansung tidak ada kena- mengena
dengan isu yang mahu dibincangkan. Marlia meneruskan langkahannya yang terhenti
sebentar tadi.
Setelah beberapa ketika Maisarah turut melangkah di sebelah Lia
sambil membisu. Lia menyambung.
“Sukatan itu kadangkala boleh menjadi rahmat dan kadang kala
boleh menjadi hukuman pada manusia. Macam pedang bermata dua. Dan melalui
rahmat dan hukuman ini datangnya pengajaran serta kesyukuran.”
"Tidakkah
Engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan,
kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya
tebal berlapis-lapis? selepas itu Engkau melihat hujan turun dari
celah-celahnya. dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari
gunung-ganang (awan) Yang ada padanya; lalu ia menimpakan hujan batu itu kepada
sesiapa Yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa Yang
dikehendakiNya. sinaran Kilat Yang terpancar dari awan Yang demikian
keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan" - Surah An
Nur 43
“Aku tahu kau terkejut
dengan berita ni. Tapi aku yakin dia dah ceritakan segala-galanya pada kau
kan?” soal Marlia tiba-tiba. Maisarah hanya mengangguk.
Marlia melepaskan nafas
panjang. Sudah dia agak. Maisarah takkan sewenang-wenangnya menjadi orang
pengantara tanpa mengetahui perkara sebenar.
Spontan perlahan-lahan
tangannya meraba beg di sisi di mana sekeping kad merah terletak kemas. Tahu
benar dia apa inti-pati yang akan disampaikan. Nafas yang tadinya seakan
tersekat dihembuskan dengan perlahan. Mungkin ini hukuman Allah, hukuman untuk
memberi pengajaran dan membuahkan kesyukuran di hati yang tanpa sedar lalai.
“Hujan yang Allah turunkan
kepada aku kebelakangan ini adalah untuk tujuan mendidik Mai. Untuk
mengembalikan niat aku kepadaNya. Untuk mengingatkan hakikat sebenar kedatangan
aku ke negara seberang ni, dan untuk mengingatkan aku yang setiap perkara itu
telah dirancang dan diatur olehNya dari azali lagi.” Tangan kanannya diangkat
menadah titis-titis kecil air hujan yang mulai jatuh.
“Selama ini, aku hanya
memandang warkah merah yang menghuni ni dengan sebelah mata. Ada yang memberi,
tapi walaupun aku tak menerima, tak pula aku tolak. Tanpa disedari warkah ni sikit demi sedikit
memupuk perasaan yang aku tahu tak patut bercambah di dalam hati. Perasaan yang
akan menjadi racun dalam diri. Alhamdulillah Allah masih mahu mengingatkan aku
Mai, yang paling menyayangi diri manusia dan hamba-hambaNya ini adalah Dia
sendiri Mai. Dia yang abadi dan Dia yang tak berubah hati. Dia yang menguji
diriku dan sepanjang ujian ini, dia turunkan hujan yang aku sangat gemari sebagai
peneman. Tanda dia di sisi.”
“Tapi, tak
patut.....”kata-kata Maisarah terhenti apabila dia melihat Marlia menggelengkan
kepala. Tanda sahabatnya sudah tidak mahu mendengar perkara itu diungkit lagi. Sudahnya, perlahan dia menapak menemani insan yang semakin dikaguminya
itu.
...................................................................................
Malaysia, Kuala Pilah
Marlia memandang ke kiri dan kanan. Ramai juga orang yang
datang meraikan majlis yang sangat bererti buat salah seorang sahabatnya ini. Sesak
dia mahu mencari arah yang perlu dituju. Ketika itulah dia melihat kelibat Maisara
yang mengamitnya ke arah tangga yang berada di sebelah kanan rumah. Segera
Marlia mencapai tangan Alina disebelahnya dan menuju ke arah yang sama.
“Ramai orang”ujar Marlia apabila sampai di sebelah Maisarah.
Saja, sekadar berbasa basi. Maisara tersenyum.
“Ha’ah. Memang ramai dari pagi tadi lagi. Lagipun ni kan
waktu peak. Lagilah teruk....jom naik. Semua ada kat atas.” Ajak maisara.
Marlia dan Alina menggangguk dan mengekori langkahannya.
Sebaik, sahaja melangkah ke adalam bilik yang berhias indah
itu, Marlia benar-benar terpegun. Hilang rasa gundah di hati apabila melihat
wajah manis Wahida tersenyum bahagia dalam pakaian pengantin berwarna biru tua
itu.
“Mabruk Wahida! Barakallahu
lakuma wa barakah alaikuma wa jamaah baina kuma fee khair!”ujar Marlia sambil
memeluk tubuh yang kecil molek itu. Bergenang seketika air matanya. Bahagia
melihat sahabatnya bahagia dan kecewa dengan hati yang masih ingin berduka
walau telah dipujuk berkali-kali.
“Jazakillah....”balas Wahida
ikhlas sambil membalas pelukannya. Marlia hanya tersenyum manis. Sendu di dalam
hati cuba disembunyikan sedaya upaya. Bukan masa untuk dia rasa kecewa, dan
bukan masa untuk dia berduka. Bukankah ini waktu bahagia saudara se-islamnya?
Harus waktu ini bibir dibasahi dengan kalimah puji-pujian pada Illahi.
“Wahida!”panggil satu suara
yang benar-benar dikenali di muka pintu. Serentak mereka memandang ke arah
pemilik suara. Seketika anak mata itu bertentangan dengan anak mata Marlia
sebelum singgah ke wajah Wahida. Ketenangan yang ditunjukkan Marlia sebentar
tadi sedikit terganggu.
“Jom, dah masa.”ajak lelaki itu kepada
isterinya. Rakan-rakan yang lain mula mengusik. Iyalah dah dua-dua pasangan ada
di sini memanglah akan diusik. Segera Wahida melangkah ke arah suaminya sambil
tersenyum malu.
Sekali lagi mata itu singgah
di wajah Marlia. Kali ini Marlia hanya tersenyum hambar. Iya...dia reda.
Bukankah reda itu adalah salah satu tali yang akan mendekatkan hamba kepada
Rabbnya. Tali yang akan memberikan kebahagian yang abadi dan tali yang akan
menjadi penyelamat di kala hati benar-benar dilukai.
Dia reda. Benar-benar reda.
Senyuman mengiringi pasangan mempelai yang bagai pinang dibelah dua itu.
Tahniah Khairul! Tahniah Wahida!
...................................................................
2 tahun sebelumnya, Jakarta
“Assalamualaikum.....”ujar
satu suara menyapa lamunan Marlia..
“Waalaikumussalam” balas
Marlia sambil memandang ke kiri. Segera senyuman kecil terukir di bibir apabila
melihat gerangan yang menyapa. Khairul! Jejaka yang dikenalinya sejak mula
melangkah ke Tadika Tanjung Sabtu lagi. Daripada tadika hinggalah ke Jakarta
ini, mereka sentiasa belajar di tempat yang sama. Malah, apabila Marlia buat
keputusan untuk belajar di sekolah pondok dulu pun, Khairul turut mengikutinya
walaupun jejaka itu mendapat tawaran daripada sekolah berasrama penuh. Panjang
jodoh mereka sampai di sini. Tetapi Marlia sentiasa bersedia, dia tahu suatu
masa pasti akan ada waktu takdir mereka tidak bersilang lagi.
“Hepi bufday yang ke 21.
Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t” ucap Khairul ceria.
Marlia hanya mengangguk tanda terima kasih. Sekali lagi dia memandang ke arah
awan putih yang berarak gembira di langit yang membiru.
“Dari tadi lagi merenung
langit tu. Tunggu apa? Tunggu bulan jatuh ke riba ke?”Khairul berseloroh.
Marlia hanya menggeleng. Senyumannya masih lekat di bibir.
“Tak adalah. Cuma tengah
berfikir, bila lagi Allah akan menurunkan rahmatNya unruk menggembirakan
pokok-pokok, tanaman dan haiwan ternakan termasuk juga untuk menggembirakan
Lia. Tapi bila Lia fikir-fikir balik, Lia sedar ada banyak lagi bentuk rahmat
Allah kepada kita seperti udara yang bersih ni.”
Khairul mengangguk.
“Hah...betul la tu. Dan yang
kat sebelah Lia ni pun rahmat Allah untuk Lia jugak.”balas Khairul tiba-tiba.
Marlia hanya mencebik. Ada-ada je mamat di sebelahnya ni cuba nak mencari
perhatian.
“Apa ni?” soalnya apabila
Khairul menghulurkan sekeping kad kepadanya.
“Entah. Bacalah.”itu sahaja yang dikatakan oleh Khairul sebelum berlalu pergi. Segera Marlia membuka kad yang berwarna merah hati itu. Tiga rangkap pantun coretan tangan Khairul menangkap perhatiannya.
“Entah. Bacalah.”itu sahaja yang dikatakan oleh Khairul sebelum berlalu pergi. Segera Marlia membuka kad yang berwarna merah hati itu. Tiga rangkap pantun coretan tangan Khairul menangkap perhatiannya.
Indra Giri Pasirnya Lumat
Kerang Bercampur dengan Lokan
Ibarat Nabi Kasihkan umat
Begitu saya kasihkan Tuan
Petik Sayur di daun Maman
Makan Berulam daun pegaga
Habis tahun berganti Zaman
Kasih tuan kunanti jua
Tumbuk Padi jadikan emping
Buat Juadah Teman Sebaya
Pipit hendak bertenggek ke ranting
Sudikah enggang bertenggek sama?
Kelihatan sebentuk cincin tergolek di dalam sampul surat. Marlia mula
beristighfar panjang. Pantas anak matanya menangkap tubuh Khairul yang telah
jauh menuyusur di antara pelajar-pelajar yang lain. Hainya berkocak kencang.
...................................................................................................................................................................
“Kau ok?”soal Maisarah sambil mencuit bahu Marlia lembut. Membulat mata
Marlia terkejut dengan teguran yang tiba-tiba. Spontan senyuman manis
dilemparkan ke arah Maisarah.
“Alhamdulillah...aku ok.”balas Marlia. Maisarah masih lagi memandangnya
tajam tanda tidak puas hati.
“Aku ok...dah bukan jodoh aku Mai. Lagipun aku tak pernah pasang
angan-angan walau ada yang meminta.” Balasnya bersungguh-sungguh. Kali ini
barulah Maisarah mengangguk perlahan. Tidak pernah diceritakan kepada sesiapa
pun hal yang berlaku selama ini. Cuma Maisarah sahaja pengecualiannya. Itupun
dia tahu daripada mulut si jejaka yang minta dirinya menjadi pengantara untuk
membuahkan kata-kata kemaafan. Lagipun, bukan pernah mereka memadu rasa pun
sepanjang perkkenalan dan sepanjang masa si jejaka meluahkan rasa. Bukan jodoh
agaknya. Teringat pula bait-bait pantun terakhir titipan Khairul melalui
Maisarah bulan lalu.
Air diminum terasa duri,
Nasi dimakan terasa sekam,
Bukan niat mengundur diri,
Kerana jodoh ditakdir Tuhan
Bayang bayang disangka tubuh,
Hati tak sabar terus menerkam,
Bukan niat cinta berlabuh,
Sudah dirancang susunan alam.
Beralih cakap di balik lidah,
Lidah terbelit belakang gigi
Hati berpaling janji dipatah,
Maaf dipohon sepenuh hati.
Malam gelap pasang pelita,
Pelita diletak di tepi sulaman,
Tangan diangkat doa dipinta,
Agar kebahagiaan milik tuan.
Memang Marlia mengaku, walau janji tidak bertaut, kata tidak bersulam dan
mata tidak bertatapan namun jauh di sudut hati ada angan yang dipasang, ada
harapan yang dipegang, ada doa yang sentiasa dititipkan. Ada tali yang
seolah-olah memegang hatinya utuh selama ini. Dan simpulan tali itulah yang
perlu dirungkaikan satu-persatu, kerana tiada yang lebih merosakkan selain satu
simpulan tali syaitan. Dia sentiasa mengingatkan diri bahawa tiada yang lebih indah selain takdir
Tuhan terhadap hambanya dan tiada apa yang lebih penting selain keredhaanya.
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka
Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala
masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis
Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin
Abbas r.a.)
“…(iaitu) orang-orang beriman dan hati
mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan
mengingati Allah hati menjadi tenteram.” Surah Ar-Ra’d : ayat 28
Dikala langkah kakinya menyentuh kawasan yang lapang di sebelah dewan majlis perkahwinan itu terasa titik-titik hujan renyai jatuh di tapak tangan. Segera dia mendongak mencari secarik awan hitam di langit yang luas.
“Nak pinjam payung?” soal satu suara dari tepi. Marlia mengerutkan dahinya.
“Hujan tak lebat....”balas Marlia memberi alasan. Lelaki itu tersenyum kecil.
“Sebab hujan tak lebat la saya offer kat awak. Kalau lebat, saya yang guna sendiri. Pulangkan sekali dengan payung hari tu ye.”ujarnya tersenyum sambil meninggalkan payung itu dihadapan Marlia. Marlia hanya tercenggang-cengang melihat dia berlalu pergi.
Tamat...
Ok...by the way...rangkap pantun 3 yang pertama tu, Z dapat daripada pantun-pantun lama
Yang rangkap pantun 4 yang terkemudian, pantun tu Z buat sendiri ditambah dengan peribahasa-peribasa Melayu lama...so kalau ada yang tersama tu hanyalah terkebetulan sahaja...tak ada tiru mana-mana yer...
Wasalam
No comments:
Post a Comment