Hari ni lepas buat itu ini, tiba-tiba je rase nak baca cerpen dekat penulisan2u.my tu....Punya la bersemangat sebab dah lame tak bace cerpen melayu, sibuklah jari ni duk meng’click’ mana-mana tajuk yang agak-agak menyentuh kalbu gitu. Main terjah je cerpen-cerpen ni, tengok-tengok tajuk yang agak best tu... oh boleh la bace.
Bersemangat aku baca cerpen pertama, syok jugak pasal anak datuk ni. Kaya tapi tak sombong sebab meminang cikgu kampung je. Apa kata orang sekarang? Err...’low profile’ gitu.
Bace la pula cerpen kedua...ah, cerita sedih. Pasal anak Datuk ni la pulak jatuh cinta dengan kawan seuniversiti...syok2 gitu campur dengar air mata yang merabak-rabak jatuh...huhu sedih....
Masuk cerpen ketiga.....ah hero dia askar, bawah angkatan tentera Malaysia gitu. Berkobar-kobar pulak semangat patriotik dan mempertahankan negara dalam jiwa ni. Uh, bace-bace ooo.....bapak dia nama Dato’ Aysraf.Hmmm.
Beralih pulak cerpen keempat, macam ni mula dia lebih kurang....
“Aliff Hariss anak Datuk
Hisyam...Dia bekerja di syarikat papanya........Datuk Zaid bapa kepada
XXX(heroin dia)”...
dahi aku dah mula berkerut-kerut. Sejak bila la pulak majoriti rakyat Malaysia ni dapat gelaran Datuk. Pelik betul la aku. Pemurah betul Raja-Raja Melayu kita sekarang yer...ramai jer yang dapat gelaran datuk. Tak ada ke cerita anak cikgu kahwin dengan anak penoreh getah ke. Tak pun, kerani vs pembantu pentadbiran ke....huhuhu. Tetiba rasa macam masuk dalam dunia capitalism eropah pulak...yang hero ni semuanya kaya-kaya danmacho-macho gitu, yang heroin pula semua anak orang miskin dan pun kelas pertengahan la boleh dikatakan...setahu aku, Malaysia ni negara demokratik. Kalau ada yang lebih kaya pun, ala setakat lebih tanah sekangkang kera camtu jer bukan nyer banyak mana pun. Tapi kalau yang betul-betul miskin tu, berteraburan la juga..(entahlah, tak pernah survey lagi ni-pemikiran tipikal aku).
Bila bace semua cerpen ni, nampak sangat isu material dan kedudukan tu sangat-sangat dinilai tinggi oleh rakyat-rakyat Malaysia amnya. Ye la, sapa tak nak kan kahwin dengan orang kaya, anak datuk, Tan Sri, Datuk Sri yang banyak pangkat tu. Kalau boleh, tak mau anak datuk dah...dengan datuk-datuk tu sekali mahu diangkatnya. Bak kata orang kecik tapak tangan,bukan setakat satu padang bola sepak tu, malah seluruh stadium pun sanggup ditadahkan. Aku pun nak juga terutamanya kalau tambah dengan mas kahwin yang agak-agak berpuluh-puluh ribu itu....hehehe fantasi semata-mata. Tapi isu ni yang yang kita kena tackle sekarang ni. Semua fantasi gadis-gadis sekarang dah berkisar tentang anak-anak datuk. Kalau-kalau lelaki biasa yang kerjanya biasa dan rupanya biasa dah jadi apa orang kata below standard. Bukannya aku nak jadi kritikal tapi ni la realitinya sekarang. Walaupun aku tak nafikan, ramai jugak la yang pakai kahwin terjah jer sebab takut-takut jadi andartu gitu, tapi tak kurang juga yang masih memilih-milih. Tak apa laki orang pun, asal kaya dan handsome, sanggup la jadi yang nombor dua atau tiga. Hehe....bukan nak prejudice ye kat sini. Ye la Nabi pun pernah bersabda yang di akhir zaman ni, memang wanita akan jadi lagi banyak dari lelaki, so apparently, polygamy memang diperlukan kan.....walaupun che harap bagi che la, mintak selisih malaikat 44 gitu kata orang lama yer.....kalau ada jodoh nanti la InsyaAllah....
Niat di hati bukan nak memburukkan cerpen-cerpen yang ada di laman web (walaupun aku tak tahan nak menambah cerita2 kat situ kebanyakkannya cliche),cuma....entahlah, isu yang dibawakan tak keluar dari kotak pemikiran ni.
Pendek kata, aku taklah membangkang cerita-cerita yang tak realistik ni kalau boleh bawa manfaat dan pengajaran kepada orang lain. Ambik contoh, cerpen-cerpen ringkas masa tingkatan tiga dulu la, err...cerita fantasi ..er..ah apa tajuk ntah dah tak ingat dah...yang naik ke dunia baru tu, kapal angkasalah. Ala yang menang hadiah penulisan tu. Cerpen tu langsung tak realistik, tapi dapat membina nilai kreativiti penulis gitu. Kadang-kadang banyak jer baca penulisan di website tu tetapi mungkin sebab site penulisan cerpen tu bukan site untuk penulisan sastera, tak banyak benda yang boleh kita pelajari terutamanya tentang gaya penulisan Melayu yang sebenar. Ye la nilai-nilai sastera klasik gitu dengan penggunaaan ayat yang betul. Kita kena hargai bahasa kita ni. Bak kata radio dan tv tu dulu, bahasa jiwa bangsa kan....kan....hehehe
Ceh aku ni rasa macam apa kata orang putih tu ‘pot calling the kettle black’ kalau
Melayunya tak salah aku ‘kata belanga periuk hitam’ gitu ye. Sibuk je aku
galakkan orang menulis ikut cara penulisan yang betul tapi aku ni sendiri
menulis main hentam jer. Tak de ikut hukum dah, main terjah jer asal orang
paham dan aku paham....huhu...
Sambung lagi yer.....
Nabi ada cakap, kalau nak cari isteri ada 4 kriteria yang
boleh dilihat; rupa parasnya, keturunannya, hartanya, dan agamanya. Dan yang lebih baik itu kamu
pilihlah kerana agamanya.....
Dan kerana agama ni,aku appreciate banyak
penulisan-penulisan yang berkisarkan wanita-wanita solehah yang cuba nak
mengubah hero-hero mereka menjadi iman-iman yang hebat dan sebaliknya, tapi ada
satu je yang aku tak rasa berapa nak hebat; bila bab-bab nikah kahwin, muhrim
tak muhrim jer yang dia pro...Isu lain dalam kehidupan kurang diserlahkan. Macam
pembahagian harta ke antara anak angkat, anak susu, anak pungut dan bagai-bagai
anak lagi la yang muncul dalam cerpen tu. Tak pun pasal jihad ke. Nak-nak
time-time perang macam ni kan. Kalau masuk sikit isu-isu semasa dalam cerpen
romatik tu ok jugak(ala-ala novel Jaja dan Din gitu. Syok apa.)....Lagi satu
kalau character je yang islamik tapi cara penulisan yang tak Islamik tak guna
juga kan...kan...sebab untuk menyentuh hati pembaca secara keseluruhannya,
karya itu sendiri perlu menyeluruh betul tak???cewah bukan main lagi aku tulis
kat sini. Tapi kalau ada yang tanya macam mana nak menulis secara menyeluruh,
aku tak tahu. Aku ni masih lagi pucuk hijau gitu.....kritik sedap tak sedap,
aku tahu. Tapi, kalau suruh masak satu-satu tak tahu. Tak professionallah
katakan...huhu>
Tapi ada satu yang tak berapa nak berkenan kat hati aku ni bila sebut pasal novel islamik,cerita islamik ni, unsur romantism nyer tu kadang-kadang melampau-lampau pulak. Bukan nyer apa oihttt kalau dah semua main si suami peluk pinggang, peluk pipi, cium bibir dan tututut(silalah gunakan bayangan sendiri) macam mana diorang ni tak lalai? Unsur baik dah masuk, tapi unsur lalai tu masuk jugak. Kalau yang dah matang boleh menilai tu, dua-dua unsur dia amik jadi pengajaran, tapi kalau ‘single minded’ woman macam aku ni, nak-nak anak dara yang baru nak kenal romantis-romantis ni, aku amik satu ja....apalagi unsur yang seronok la..Entah ke mana pergi terbengkalainya unsur-unsur yang positif tadi tak tahu la. Betul la, dalam pembinaan cerita ni, benda-benda tu la yang ada nilai-nilai apa orang bussines kata? Publisiti, promotion, publication....ah macam tu la lebih kurangnya yer. Tapi perlulah berpada-pada yer. Tak perlulah semua isi pati dalam kelambu tu nak didedahkan kepada peminat-peminat novel yang masih lagi tergolong dalam golongan ‘mentah muda’ lagi ni....jadi penulis novel ni pun kena la berhati-hati dan berserdahana, jangan buku tu bila ditimbang lagi berat ke kiri ke atau ke kanan, tak sempat nak naik timbang lagi dah bergolek-golek pulak dia pergi ke kiri kan....huhu kan susah tu sebab penulisan buku ni bab kata orang jihad kecil, ataupun dakwah kecil-kecilan gitu.
Bila dah tulis banyak-banyak kat sini terasa pulak macam nak tulis cerpen pendek. Macam ni permulaan dia..
“Idham memandang tajam ke arah susuk tubuh yang sangat dikenalinya itu. Walaupun wanita bertudung itu membelakanginya, dia seolah-olah dapat melihat senyuman manis yang terukir di wajah anak dara Datuk Zamri itu.......”
*mengeluh* nampaknya aku pun penulis tipikal macam penulis2 lain jugak kan...kan...kekekeke tanpa sedar nak jugak masukkan anak Datuk tu....saje nak penuhkan korum..huhu J
Okeih....till next time.
No comments:
Post a Comment