Friday, February 6, 2015

XX/XX/2013(tak ingat tarikh ni)
Feeling...
Ok...walaupun Z tulis 'feeling' kat atas tu, tak adalah Z nak tulis benda jiwang2 sangat kat sini...
cuma nye topik hari ni adalah untuk menyelami jiwa dan raga Z sejak berpindah kat tempat baru ni...
Ok anouncement2 semua, Z dah pindah rumah huhu, daripada rumah satu bilik kepada rumah tiga bilik...tapi rumah sewa jer dengan kawan2.

SElama beberapa tahun duduk sorang-sorang dekat hostel tu bertemankan kipas angin dan juga meja study je, akhirnya dapatlah juga Z merasa ada dapur sendiri...gembiralah jugak sebab dah lama dah nak masak atas dapur gas....ni hari-hari duk masak dalam periuk elektrik tu bosan la juga....huhu

Memang betul kata orang bila masuk kandang kambing kenalah mengembik dan bila masuk kandang lembu mestilah kena menguak, kalau tak alamaknya runtuh la kandang-kandang tu disebabkan masing-masing mahu bertelingkah. Ilmu toleransi dan kesabaran memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha Z nak menyesuaikan diri dengan rakan-rakan yang lain. Bukan Z tak pernah duduk dengan kawan-kawan sebelum ni tapi maklumlah dah 2 tahun dudk sendiri, ragam pun ikut ragam sendiri je dan jadual pun ikut jadual sendiri. Tak payah nak fikir kalau-kalau tindakan kita akan menyinggung orang lain, mmaklumlah diri sendiri je yang ada kan.

Tapi sejak berpindah ni, bukan setakat benda-benda besar macam sewa ke jadual belajar ke, tapi benda-benda kecik sampaikan susunan baru dalam almari sendiri pun kena jaga-betul2...maklumlah kongsi bilik dengan kawan....kalau dulu baju yang dah pakai main lempar je kat mana-mana ceruk, tapi sekarang dah pandai susun elok-elok dalam bakull...yelah kita ni kalau hidup bemasyarakat memanglah kena pandai menyesuaikan diri bak kata pepatah apa tu...erm  ke tengah boleh ke tepi pun boleh....kan..kan..

Tapi sejujurnya memang sekarang ni Z rasa agak susah la nak menyesuaikan diri. Maklumlah, 2 orang teman serumah Z ni dah lama duduk berdua, dan memang baik dengan satu sama lain, so bila Z masuk ni rasa macam kacau daun la pulak. Tapi tak ada la dua-dua nak asingkan Z, cuma Z jer yang saja-saja rasa macam terasing. Hmm...perasan sendiri je Z ni.

Satu perkara jer yang Z macam tak sangka, Z ingatkan kawan2 Z ni suka memasak, ye la maklumlah masing2 masak macam pro jer...tapi rupa-rupanya dua-dua lagi suka order makanan daripada masak sendiri. Z sorang jer yang asyik2 menumis je kat dapur tu hari-hari...Maklumlah dah tak tahu nak masak apa...
................................................................

Yang kat atas ni adalah draf yang Z jumpa selepas setahun lebih tak bukak blog ni....draf kat atas ni ditulis pada tahun 2013 dan sekarang dah pun masuk tahun 2015......Z ingat nak sambung jer apa yang dah tertulis kat atas ni tapi bila difikir semula, Z dah tak ingat apa perasaan Z masa tu.
Lagipun dah banyak yang berubah dalam setahun lebih ni....

Z dah tak duduk kat rumah tu lagi dah. Z dah pindah duduk rumah baru sebabnya kawan2 rumah dulu semua dah habis belajar dah dan tinggallah Z denagn housemate baru saja kat sisni. Z ingat nak delete je draft ni tetapi memandangkan Z dah bersusah payah buat draft ni dulu, Z continue je la untuk publish draft ni....
Tak ada orang nak baca pun kan, hanyalah untuk tatapan Z jer....
Ok Z dah nak berhenti menulis.....dah tak ada idea.....

p/s: satu improvement sejak pindah rumah iailah z dah pandai masak sekarang....Sebut je apa2 insaAllah Z boleh masak....hehe

No comments:

Post a Comment