Saturday, April 9, 2016

Cerpen Penghujung ( Last Part)



Suntingan diari Saleha

13 Feb 2000
Ah serabut betul. Hari ni abang ngah gaduh besar dengan mak. Dia kata dia tak nak kahwin dengan calon pilihan mak. Nampak gaya macam dia dah kenal perempuan tu sejak dari kolej lagi. Dia tak berkenan dengan perangai perempuan tu. Tapi mak berkeras jugak. Ah…entah aku pun tak tahu sangat sebab aku curi-curi dengar dari luar bilik je tadi. Angah ni pun satu macam tak tahu perangai mak macam mana. Along hari tu pun kena kahwin paksa jugak tapi tak ada la buat perangai macam dia. Ayah pulak macam biasa, malas nak masuk campur.Entahlah… aku pun malas nak layan diorang ni. Serabut…

17 March 2000
Oh ye diari, last but not least, tadi aku jumpa tunang angah. Biasa je orang nye, tak adalah lawa sangat macam Kak long tapi ok..ok la rupa dia. Doktor! Eh ke aku dah bagitahu eh sebelum ni? Pape jelah. Aku ingat kan teruk sangat perangai dia sebab beria-ria angah tak nak kan dia hari tu, tapi ok je. Baik je aku tengok hari ni. Ah tapi hari lain aku tak tahu la. Haha, dia bagi aku kain sepasang hari ni suruh buat baju kurung. Ayah pun tersengih je tadi dapat jaket baru. Peramah jugak orang nye, pandai ambil hati mak, tanya tu tanya ni. Patutlah mak suka….hehe…

9 April 2000
Hah, diari…angah gaduh dengak mak lagi hari ni. Ah malas nye nak dengar. Lalala….lalala….uh, dah senyap nampaknye. Angah-angah….majlis tinggal 4 hari je lagi, terima jelah kenyataan….

3 Jan 2001
Penat betul kerja hari ni. Yelah dah masuk bulan 1, banyak dokumen marketing yang kena susun. Oh, ye… ada happy-happy news! Tadi beria-ria mak beritahu kak ngah dah mengandung. Yay! Next year boleh dapat anak sedara pertama….muahahaha…Tapi kesian kat kak long, muka dia cam berubah sikit bila mak beritahu berita tu tadi. Hmm…lain kali kot rezeki kak long. Leha pun jeles jugak dengan kak ngah. Bestnya!

6 Julai 2001
Hari ni leha rasa tak sedap hati sangat. Balik-balik kerja tadi dahaga nak masuk dapur, tapi Kak Long halang kat ruang tangga sambil suruh Leha diam. Leha intai kat ruang dapur nampak mak tengah bercakap dengan kak ngah. Muka kak ngah lain macam je. Mungkin ada msalah lagi dengan angah kot. Entahlah….angah ni pun satu, jangan la buli perempuan mengandung! Kalau jadi apa-apa macam mana? Kesian kak ngah. Dua-tiga menjak ni, selalu sangat nampak dia muram. Angah pun, jarang balik rumah ni, kak ngah je yang selalu datang sorang-sorang. Angah-angah…sibuk sngat ke kat klinik tu….

31 August 2001.
Yay! Dapat anak buah dua hari lepas!!! Kak ngah dah bersalin, dapat baby boy! Comel….Asyraf Zayid nama dia. Geram betol tengok budak tu! Chubby!!!

24 Julai 2002
Terkejut betul Leha pagi tadi. Subuh-subuh lagi, kak ngah call suruh Leha buka pintu. Dia ada kat depan rumah katanya. Terkocoh, kocoh Leha buka pintu, terkejut nampak muka Kak ngah pucak lesi sambil dukung Asyraf yang tengah tido. Leha nak panggil mak tapi sebab baru pukul 5 pagi, kak ngah tak bagi. Ah, tak tahu la apa yang jadi tapi merah menyala mata dia. Muka pun nampak macam tak tido semalaman. Aish…risau betul la leha. Bila tanya , kak ngah tak cakap apa-apa. Kak ngah ni perahsia btul. Cuma satu je yang dia kata tadi, dia tak ingat jalan nak balik rumah dia. So, dia datang rumah mak. Kak ngah…kak ngah….Ni, mesti angah buat perangai lagi! Kesian Asyraf.

6 August 2002
Hari ni Leha, cuti. Ingatkan boleh berehat kat rumah tadi tapi kak ngah ajak keluar. Kak Long nak ikut sekali, tapi kak ngah tak bagi, ada hal penting katanya. Entahlah, semenjak dua menjak ni, Kak ngah nampak lain macam sikit. Macam ada yang dia tak puas hati je pada along dengan kak long. Ye lah, masa family dinner hari tu, langsung dia tak hiraukan along. Biasanya, banyak juga dia bertanya pasal hal klinik, tapi malam tu sepatah perkataan pun tak keluar. Sampaikan mak tanya kak long, kalau-kalau along ada buat kak ngah marah. Tapi Kak long cakap tak tahu. Ah, mak tu, sapa yang tak tahu, asyik nak jaga hati kak ngah je yang lebih. Kesian pulak tengok kak long terpinga-pinga. Dengan angah pun kak ngah nampak lain macam sikit malam tu. Biasanya, dia layan angah elok je walaupun angah buat dia macam tak wujud, tapi kali ni nampak lain pulak. Nampak macam angah pulak yang tak wujud depan mata dia.  Aku tanya jugak angah hari tu, tapi angah kan. Dia buat muka je…’entah’ tu je yang dia jawab. Hmm…
Oh, sambung balik cerita keluar ngan kak ngah tadi. Dia kata ada hal penting, hmm... Kami pergi ke klinik angah dengan along tadi. Aku ingat kak ngah nak jumpa angah tapi dia pergi ke kaunter pendaftaran je. Beria-ria pembantu klinik tu tanya nama dan mintak IC kak ngah tadi. Aku nak tergelak jugak sebab pekerja angah tak kenal kak ngah, tapi tak jadi. Muka kak ngah nampak lain macam. Kak ngah langsung tak jawab bila pekerja angah tu tanya, dia ketawa je lepas tu baru aku perasan air mata dia kat pipi. Tergamam jugak aku tadi. Pembantu tu pun tergamam. Tak tahu apa nak buat, aku pegang lengan kak ngah, tapi kak ngah tarik aku keluar dari klinik. Nak je aku tanya, tapi kak ngah diam membuku lepas tu. Jadi aku buat muka tak tahu je tadi.
Rasanya, macam ada yang tak kena lah dengan angah dan kak ngah. Kak ngah pun, ni kali pertama aku tengok dia macam ni. Aku nak tanya jugak tadi tapi serba salah jugak.  Tiba-tiba aku rasa tersepit tadi. Lepas masuk kereta, baru dia bersuara mintak aku rahsiakan apa yang terjadi. Dia tak bagi aku beritahu sapa-sapa pun.  Lepas tu, kitorang pergi shopping mall. Macam tak ada apa-apa yang jadi pulak tengah hari tadi. Ah, complicated betul lah hidup berumah tangga ni. Kak ngah pulak pasif sangat nampaknya. Kalau ada apa yang tak kena, asyik simpan dalam hati je. Risau pulak aku.

9 August 2002
Angah datang tadi dengan anak isteri dia. Aku tengok muka kak ngah nampak macam biasa je, so aku diamkan diri je la. Nak tanya jugak angah kalau diorang ada masalah apa-apa tapi takut angah kata aku menyibuk pulak.
Oh ye…Suka sangat aku riba asyraf tadi. Haha, asyraf dah boleh jalan….Comel la, asyraf tu. Geram betul mak ucu dia ni tengok. Hee…
Sambil-sambil berborak tadi, keluar isu tempat kak long nak bersalin. Tadi kak long kata nak beranak dekat hospital Kak ngah. Kak ngah angguk je. Tapi lepas tu aku dengar dia berbisik-bisik dengan mak pulak tadi, kata yang seeloknya kak long beranak di negeri Sembilan dan berpantang kat sana. Senang nanti, mak ayah kak long boleh jaga. Mak pun mengangguk je. Lepas tu komplain yang dia penat nak jaga orang berpantang dan bagai..hmm…what should I say here? Bukan mak ke yang jaga kak ngah masa dia pantang dulu? Apa beza dia dengan kak long? Happy je leha tengok mak masa tu. Cuma angah je yang stress, sebab hari-hari mak komen yang dia tak bagi perhatian pada anak bini. Hmm…tak sangka pulak kak ngah macam tu.

15 November 2002
Diari! Bergegar rumah ni tadi, tahu tak? Hot news!!! Angah kahwin lain!  Haah, angah dah kahwin satu lagi 6 bulan lepas! Dah 6 bulan tahu tak? 6 Bulan! Secara rahsia pulak tu tapi kantoi dengan mak hari ni. Tak tahu la macam mana mak tahu. Tapi menurut mak, along bersubahat sekali ‘kenenkan’ angah dengan wife no 2 dia. Macam mana mak tak mengamok. Macam apa mak basuh along sampaikan kak long yang tak tahu apa-apa tadi pun terkena tempias sekali. Aku dengan ayah macam biasa jadi penonton aje. Tak tahu la Leha nak kata apa. Hidup angah ni macam drama TV pulak. Tapi yang leha kesian sangat adalah asyraf. Asyraf tak masuk umur setahun pun lagi. Tak tahu la, mampu bertahan ke tak rumah tangga angah ni….hmmm.
Esok mak suruh angah datang rumah ni dengan menantu baru dia tu. Rasanya memang habis la angah kena tibai dengan mak kali ni. Ah, sapa makan cili dia la yang rasa pedas kan…kan…Bukan nya Leha nak cakap apa, kak ngah tu ok je orangnya tapi, leha rasa angah ni macam nak rebel dengan mak je. Tak puas hati sebab mak paksa dia kahwin dulu kot. Leha pun serba salah dibuatnya. Tapi aku ni orang luar je. Tak boleh nak cakap apa-apa.

16 November 2002
Dear diari, hmm ingatkan boleh tengok perang dunia ketiga hari ni tapi lain pulak yang jadi. Hari ni aku menjadi penonton konferens pendamaian dunia pulak. Dan mediator secara tak langsung nye adalah kak ngah. Kalah berita Dr. Mahathir letak jawatan 3-4 bulan lepas.
Awal pagi lagi, kak ngah datang rumah hari ni. Bila dia sampai je tadi, mak terus peluk kak ngah sambil menangis-nangis macam orang mania. Kak ngah pulak yang pujuk mak tadi. Mak…mak…ni sapa mentua sapa menantu ni? Hmm..lepas tu macam biasa, diorang berdua duduk bisik-bisik sekali kat ruang tamu. Kalau dah masuk mode mak dengan kak ngah bisik-bisik macam tu, aku dengan kak long macam biasa lah, duduk jauh-jauh dan tengok je. Sebenarnya, terkejut jugak bila aku tengok kak ngah tadi. Aku ingatkan dia datang dengan wajah kusut masai, frust menonggeng macam tu, tapi hari ni dia nampak tenang je. Macam tak ada apa-apa yang jadi. Macam angah tak kahwin satu lagi pulak. Hmm….kuat betul semangat kak ngah kan. Kagum pulak aku dengan dia. Tapi kalau aku fikir-fikirkan balik, aku rasa mungkin dah lama kak ngah tahu yang angah kahwin lain sebab tu dia tenang je macam tu. Hmmm…entahlah…
Lepas bercakap dengan mak kat ruang tamu, kak ngah ajak mak dengan ayah masuk bilik, ada hal nak berbincang katanya. Tinggal aku, along dengan kak long je kat luar termanggu-manggu. Along nampak tegang sikit. Kak Long pun sama, mungkin sebab terasa lagi kot bila mak marah diorang malam tadi campur dengan rasa bersalah pada kak ngah. Sebenarnya, kalau aku pun, mungkin aku akan buat benda yang sama macam along. Angah dengan kami adik beradik, kesian pulak tengok dia macam tak bahagia. Urg…complx…complex..
Dekat sejam juga mak, ayah dengan kak ngah berbincang dalam bilik. Lepas keluar tu, mak nampak macam tenang sikit. Ayah pun yang duk berkerut-kerut dari malam tadi nampak relaks. Along yang senyap saja tadi, tegur kak ngah ajak bercakap, tapi kak ngah gelengkan kepala je lepas tu terus mintak diri. Nak ambil Asyraf katanya lepas tu nak terus balik Pahang. Dia cuti seminggu.
Bila hari dah petang baru nampak kelibat kereta angah masuk laman rumah mak. Terkejut juga bila aku tengok kakak ipar baru aku. Patut lah Kak ngah keluar air mata tak berlagu hari tu masa pergi klinik angah. Rupa-rupanya dia sebenarnya pergi nak ‘usha’ madu.
Mak tanpa banyak songeh cuma cakap satu ayat je pada angah lepas angah perkenalkan kak Marini. Dia kata, ikut suka hati angahlah, sebab tu hidup angah. Dia malas nak kata apa. Terkejut juga wajah angah tadi, mungkin tak sangka mak bagi reaksi macam tu. Tapi aku tahu mak hormatkan pendapat kak ngah, sebab tu dia ambil jalan membisu.  Cuma yang aku tak sangkanya adalah ayah. Selama ni aku ingat ayah bersikap neutral je, tapi berdasarkan apa yang aku dengar tadi masa dia bercakap dengan angah, nampak sangat ayah anggap kak ngah tu penting.
Ok, sebut pasal kakak ipar baru, Kak Marini asyik mintak maaf je tadi dengan mak dengan ayah. Mak langsung tak pedulikan dia. Tak sampai dua minit pun, mak terus masuk bilik. Ayah ada senyum jugak tapi nampak hambar. Ye lah, tak sangka, dia akan terima orang baru dengan cara macam tu.
Aku tak sempat nak berkenalan sangat dengan kakak ipar baru aku tu. Situasi tak mengizinkan.

7 Jan 2003
Yay! Dapat anak saudara yang ke dua. Anak Kak Long, tapi tak dapat pergi tengok pun sebab kak long bersalin di Negeri Sembilan. Mulanya, kak long nak bersalin kat sini, dan berpantang di JB ni je tapi kak ngah membantah. Rupa-rupanya kesihatan mak tak berapa baik tiga empat bulan ni, kami baru tahu. Mak pun satu, kenapa tak pernah beritahu aku dengan kak long kalau dia tak berapa sihat. Ish….ni lah yang aku selalu kata, aku rasa macam kak ngah pulak anak kandung mak dan bukannya aku.
Mak dengah ayah dah sampai negeri Sembilan dah tengah hari ni. Aku mungkin akan pergi dengan kak ngah hujung minggu ni. As for angah and her new wife, haha aku tak tanya kak ngah la pulak tadi. But honestly, nobody ask kak ngah about anything. Tak berani.

9 Apr 2003
Kesian kak Marini, macam anak tiri….Mak pun satu, dah dekat setengah tahun, apa sangat la kalau layan kak marini macam menantu. Tak salah pun.

8 sept 2003
Angah gaduh lagi dengan mak hari ni. Mak cakap untuk kenduri arwah minggu depan, kak Marini tak payah hadir. Tapi angah nak bawak kak marini supaya dia kenal dengan saudara-mara kami. Emak membantah sebab katanya dia nak Kak ngah yang datang masa majlis minggu depan. Akhirnya, angah balik tanpa beri apa-apa kata putus. Entahlah…tak boleh salahkan angah sebab kak marini pun isteri dia juga dan aku tak boleh salahkan emak sebab majlis macam tu, sudah tentu dia nak menantu kesayangan dia ada sekali. Cuma aku pelik dengan kak ngah. Kenapa dia tak nak berada di satu tempat yang sama dengan kak marini. Setiap kali, kalau dia tahu kak marini nak datang mesti dia cepat-cepat bawak Asyraf pergi.  Kak ngah….kak ngah…apa yang kak ngah fikirkan? Apa-apa pun kak ngah agak sampai bila kak ngah boleh mngelak?

28 Mei 2006
Diari! Nampaknya aku buat kak ngah tersinggung hari ni. Tapi aku tak rasa apa yang aku cakap tadi salah. Ye lah, Asyraf dah masuk umur 5 tahun, dah nak masuk tadika, jadi apa salahnya kalau dia berbaik-baik dengan keluarga abah dia yang satu lagi. Aku rasa Asyraf langsung tak tahu yang dia ada mak tiri dan adik baru. Selama ni, aku ingat masa yang akan ubah sikap kak ngah tu tapi nampaknya kak ngah ni memang keras hati bila masuk bab Kak Marini dan Aleesya.  Aku ingat dia dah terima kak marini bila dia melawat kak marini kat hospital masa kak marini bersalin, tapi nampaknya salah anggapan aku tu. Entahlah…

29 Mei 2006
Diari…diari. Aku rasa aku naif sangat. Nak tahu apa yang kak ngah cakap pada aku tadi? Ni hah ayat dia. Sebijik-sebijik aku tulis kat sini.
“Leha pun macam abang leha jugak ke? Fikir yang akak ni berhati batu? Kalau dicurah tak basah, kalau ditakik tak sakit, kalau dihiris tak berdarah? Putih hitam, tak ada rasa cemburu? Macam anak patun?  Hanya duduk di penjuru, tak beralih kalau tak dialih? Tersenyum je sepanjang masa tak kiralah panas terik, rebut petir?”
Kak ngah. Maafkan leha…Leha tak tahu. Leha tak sensitive dengan situasi dan perasaan kak ngah.

30 Mei 2006
Urgh…pening-pening. Mak tiba-tiba tarik aku masuk bilik dia tadi, ada hal nak cakap katanya. Dia beritahu kak ngah mintak izin dia nak bercerai. Menangis-nangis mak masa cerita kat aku tadi. Aku tanya apa yang mak jawab. Mak kata langkah mayat dia dulu, mak tak izinkan. Aku pun mampu mengeluh je tadi. Ye lah, mak anggap kak ngah macam anak dia sendiri, dalam dah bertahun-tahun ni kalau ada apa-apa masalah pun kak ngah yang tahu dulu. Memang la susah untuk dia lepaskan kak ngah.
Mak tanya pendapat aku tadi, tapi apa yag boleh aku kata. Obviously, kak ngah tak pernah happy hidup dengan angah. Jangan nak kata kat rumah ni bila diorang singgah sekejap-sekejap, tapi masa aku tumpang duduk rumah angah pun selama seminggu 3 bulan lepas, langsung aku tak pernah nampak angah dengan kak ngah bercakap mesra. Angah pun satu layan kak ngah macam tunggul. Punyalah kak ngah jaga air muka dia, cakap elok-elok, selalu tanya kalau dia lapar ke, nak makan ke, tanya apa jadi kat klinik hari ni, dan bagai-bagai lagi boleh pulak dia buat muka derk dia je. Kalau jawab pun sepatah dua kata je. Macam ada emas je dalam mulut. Memang jauh panggang dari api la dengan layanan dia pada kak marini. Kalau angah dengan kak marini, diorang berdua tu asyik mengekek je sesame diorang, gelak, bergurau, usik-mengusik. So, macam mana kak ngah tak tawar hati? Aku pun tawar hati.
Walau macam mana pun, kak ngah tu tetap isteri dia. Kalau tak mampu berlaku adil dan tak mampu nak melayan isteri dengan layanan yang dia desrve, aku rasa betul juga tindakan kak ngah nak mintak cerai. Dah obvious orang tak suka jadi buat apa nak melukut kat tepi gantang. Kan? Kan?

13 Ogos 2006
Ah boringnya duduk rumah hari ni. Mak tak ada. Kak ngah ajak dia bercuti kat Beijing. Bertiga dengan Asyraf. Bukan main happy lagi mak masa kemaskan luggage dia hari tu. Ye lah, ni kali pertama dia ke luar negara lepas pergi haji dengan arwah ayah tiga tahun lepas. Memang la excited kan. Haha. Lagi pun bagus jugak emak pergi tukar angin. Dah setahun lebih arwah ayah pergi.  Sekurang-kurangnya dia boleh relaks sikit.
Ah…aku je yang kebosanan duduk rumah sorang-sorang. Nak buat apa eh hari ni……

14 Sep 2009
Ish, angah ni..apa yang angah buat tadi memang aku langsung tak boleh nak terima. Asyraf tu anak dia, bukannya anak orang lain. Macam mana dia boleh tolak Asyraf masuk longkang? Accident? Haha tak masuk akal. Kot ye pun satu anak dari perempuan yang dia suka, dan satu lagi daripada perempuan yang dia tak suka, tak patut dia buat macam tu. Nasib baik Along sambut Asyraf tadi, kalau tak bukan setakat patah tangan je budak tu. Mungkin…ah aku tak nak fikir benda yang bukan-bukan. Yang penting Asyraf selamat.

16 Jun 2012
Aku terkedu! Aku terkedu dan terkedu sekali lagi. Aku ingatkan Asyraf tak perasan yang abah dia datang sini malam tadi dengan keluarga lagi satu. Aku ingatkan dia tidur dalam bilik dia semalam. Tapi rupa-rupanya dia perasan dan dia nampak orang lain panggil abah dia abah. Mesti dia tak ingat yang dia pernah jumpa Aleesya dua-tiga tahun lepas. Yelah lepas kejadian tu, kak ngah langsung tak izinkan Asyraf bertemu muka dengan adik beradik tiri dia yang lain. Malah, masa dia jumpa beberapa tahun yang lalu pun, tak ada orang beritahu dia yang Aleesya tu adik tiri dia. Hmmm…..
Betul ke tindakan aku tadi? Masa Asyraf masuk bilik aku dan tanya pasal hubungan antara angah, kak marini dan Aleesya, aku akhirnya ceritakan segala-galanya pada dia. Tapi, anak saudaraku tu memang betullah ikut perangai ibu dia. Muka dia nampak macm nak menangis je tadi, tapi dia kuatkan jugak semangat dan tak menangis depan aku. Malah dia minta aku rahsiakan perkara ni daripada ibu dia dan mak. Aku benar-bemar kagum dengan kak ngah sebab didik Asyraf sampai dia bersikap matang macam ni. Jarang jumpa nak berusia 10 tahun yang matang macam Asyraf.

26 Mac 2013
Diari, hari ni kak ngah mintak izin nak bercerai daripada mak sekali lagi. Hmm…aku tak tahu nak cakap apa. Ni bukan kali pertama, tapi dah banyak kali sampaikan aku dah tak terkira dah. Honestly aku harap mak izinkan kak ngah bercerai. Tak ada guna dia tangguh-tangguh lagi perkara ni. Nampak sangat kak ngah tak bahagia and lately, kalau angah balik rumah ni pun, tak pernah aku tengok dia balik dengan kak ngah atau pun asyraf. Asyik-asyik dengan keluarga dia yang satu lagi. Malah, last year masa, arwah ayah kak ngah meninggal pun, aku dengar angah tak balik Pahang pun. Kak ngah je yang balik sorang-sorang menguruskan pengkebumian ayah dia. Aku rasa nothing can be done about their marriage anymore. Dah lama runtuh dah hubungan antara keduanya.
Dan, asyraf…..bila sebut je pasal Asyraf hati aku rasa sakit untuk budak tu. Kesian anak saudaraku yang seorang tu….

15 Mac 2015
Alhamdulillah, mak keluar hospital hari ni. Lega sikit rasa hati aku bila tengok mak dah sihat. Tapi kak ngah suruh mak berhati-hati sebab mak tak sepenuhnya sembuh lagi. Kak ngah suruh aku bincangkan hal pembedahan dengan mak. Ye lah mak macam tak nak buat pembedahan jantung tu je masa kak ngah beritahu dia pasal hal tu tadi. Mak kata dia dah tua dah masa ntuk dia pergi. Aku rasa hati ni dicarik-carik bila mak cakap macam tu tadi.
Oh ye, sebut pasal kak ngah, nampaknya mak dah izinkan kak ngah bercerai dengan angah. Masa aku tanya pasal hal ni tadi, kak ngah mintak aku rahsiakan perkara ni dulu. Dia nak pastikan mak buat pembedahan dan berada dalam kesihatan yang baik dulu. Lepas tu mungkin dia akan teruskan dengan proses penceraian. Hmm…tak ada apa yang aku boleh katakan. Cuma aku gembira bila tengok muka kak ngah yang kelihatan tenang semalam. Aku rasa dia benar-benar lega sebab ada penyelesaian dalam rumah tangga dia dan angah. Satu je yang aku boleh kata pada mak; dah sampai masa untuk kak ngah mengecapi kebahagiaan sendiri. Mak senyum je bila dengar kata-kata aku. Mungkin dia sedar, attachment dia pada kak ngah hanya akan menyebabkan kak ngah lebih menderita.

11/12/2015
Angah sah bercerai hari ni. Aku ingat dia akan tunjuk muka dia dan balik sini tapi nampaknya angah belum bersedia nak jumpa mak lagi. Oh ye, aku pergi rumah kak ngah untuk hantar barang-barang dia. Sebenarnya aku ingat nak hantar esok atau minggu depan je, tapi mak risaukan kak ngah dan suruh aku pergi tengok kak ngah sekejap tadi. Haha, kak ngah nampak ok je. Tak ada pulak nampak sedih ke, kecewa ke. Aku rasa ini pilihan terbaik untuk angah dan kak ngah. Walaubagaimanapun, aku harap angah akan datang sini secepat yang mungkin. Pujuk mak. Masam je muka mak bila aku sebut nama dia tadi. Hmm……

18 Julai 2018
Diari, hari ni Kak ngah datang tengok mak kat hospital lagi. Or should I say kak asmah. Haha, Dia suruh aku panggil dia kak Asmah instead of Kak ngah. Mungkin tak selesa kot. Dan anak saudara kesayangan aku yang dah lama aku tak jumpa tu pun datang tadi. Walaupun dah masuk kolej, nakal lagi budak tu. Boleh pulak dia tanya aku bila aku nak kahwin….siap kata dia nak kenenkan aku dengan professor dia lagi. Aisy budak ni memang nak kena.
Mak happy sebab kak ngah..ops…kak asmah datang dari Pahang semata-mata nak tengok dia. Haha, aku pun happy sebab jarang nampak mak bersemangat macam tadi. Hmm…sebenarnya aku risau sebab keadaan mak nampak teruk sangat kali ni.

28 Julai 2018
Diari….my mom’s gone…..forever. Last word, mak kata dia lega dapat jumpa anak-anak, cucu-cucu, kak asmah dan Asyraf buat kali terakhir. Tapi sampai ke akhirnya, mak tak pernah sebut nama angah, kak Marini dan anak-anaknya. Aku tahu angah dan kak Marini terkilan. Ye lah, dah tahun bertahun berlalu. Ya Allah, Kau ampunkan dosa-dosa ibuku. Tempatkan dia dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang beriman.

8 Jan 2019
Diari, hari ni aku dapat berita yang mengejutkan. Asyraf what’s app aku hari ni dan cakap dia ada berita terkini nak beritahu aku. Kemudian dia hantar beberapa gambar. Kak Asmah dah sah bergelar isteri hari ni. Haha….dia nampak bahagia dengan suami baru dia dalam gambar tadi. Asyraf kata asalnya dia nak beritahu aku awal-awal tapi kak asmah cakap tunggu sampai dia dah kahwin dulu. Hmm…Alhamdulillah. Aku harap dia bahagia sampai ke akhir hayat. Asyraf pulak excited dapat ramai adik baru. 3 orang katanya. Sorang lelaki dua perempuan. Haha, memang dah lama dia nak adik akhirnya kesampaian jugak hasrat Asyraf.
Nampaknya suami baru Kak Asmah senior kolej dia dulu. Dan dia jumpa senior dia tu masa kerja kat Hospital Kuantan. Panjang jodoh dia dengan senior tu haha….
Aku tunjuk gambar tu pada kak long. Kak long pun excited and terus call Asyraf nak tanya pengesahan. Panjang muncung dia tadi sambil membebel pada asyraf sebab Asyraf tak beritahu dia sekali. Ye lah, Kak Long tu anggap Asyraf macam anak sendiri nak nak lagi bila dia selalu singgah dan tidur kat rumah kak asmah setiap kali ada program kat sekolah asrama kat Pahang. Kesian asyraf kena bebel tadi. Haha…. Aku rasa cuma tunggu masa je untuk angah dengar berita ni. Aku nak tengok reaksi angah, tapi aku rasa angah mesti buat tak tahu je. Macam dia buat tak tahu setiap kali Asyraf datang melawat dia di sini. Angah-angah…entahlah….dah bertahun-tahun berlalu, masih tak berubah-rubah perangai dia. Hmm…kalau aku jadi Asyraf dah lama aku makan hati. Tapi nampaknya, Kak Asmah didik Asyraf dengan baik. Kata Asyraf ‘air dicincang takkan putus apatah lagi hubungan darah’ dengan senyuman manis di bibir. Teringat pula senyuman yang seringkali aku lihat beberapa tahun yang lalu. Kak Asmah benar- benar pandai mendidik….
FIN

No comments:

Post a Comment