surah al-Baqarah ayat 155-157:
'dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar,
(iaitu) orang yang apabila di timpa musibah, mereka berkata 'inna lillahi wa'inna ilaihi rajiuun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali).
mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk".
BBC News 6 Februari 2015-
"Canada to allow doctor-assisted suicide"
Semalam semasa Z saja duduk relaks-relaks sambil baca artikel-artikel yang ada dalam laman berita BBC, Z terjumpa pula 'headlines' berita yang terpapar kat atas ni. Z Tertarik pula untuk membaca artikel kat atas ni sebabnya Z teringat tentang video yang pernah Z tengok beberapa bulan yang lalu.
Video tentang Brittany Maynard.
Z tak tahu la berapa ramai yang penah dengar cerita tentang Brittany Maynard, tapi bagi sesiapa yang tak tahu Z akan cerita kat sini.
Britanny Maynard adalah seorang wanita yang berumur 29 tahun yang tinggal di San Francisco bersama dengan suaminya. Malangnya, wanita ni didiagnosis menghidapi kanser otak.
Kanser yang dihadapinya pula memang kanser yang sangat aggresive dan dipanggil sebagai Glioblastoma Multiform tahap 4. Sape2 yang berada dalam bidang perubatan memang tahu betapa membunuhnya kanser jenis ini. Biasanya pesakit yang menghidapi penyakit ni paling lama pun jangka hayat adalah dalam 4-6 bulan tanpa rawatan dan lebih kurang satu tahun kalau dia menjalani pembedahan dan chemotherapy. Ni adalah analysis yang Z dapat direct daripada lecture 'palliative medicine' Z dekat university.
Memang harapan untuk sembuh daripada penyakit ni sangat tipis walaupun menurut lecturer Z ada je seorang persakit yang survive selama 9 tahun selepas dapat diagnosis penyakit nie. Tapi memang banyak kali la pembedahan dilakukan untuk memastikan pesakit ni terus hidup.
Nak dijadikan cerita Brittany Maynard ni sangat menderita sepanjang dia menghidapi penyakit ni. Dia risau kalau-kalau keadaan dia akan menyusahkan ahhli keluarga dan suaminya dan dia juga memang tak tahan nak menanggung kesakitan yang amat sangat tu. Masa ni lah dia terjumpa atikel tentang undang-undang oregon, undang2 yang membenarkan persakit yang tidak ada harapan sembuh untuk mennghabiskan riwayatnya dngan bantuan doktor. Doktor ni akan bagi satu racun yang sangat 'potent'(kuat) dan seseorang akan meninggal dengan cepat da kemas.
Jadi dia pun buaat la keputusan untuk pergi ke oregon dan minta bantuan doktor untuk menghabiskan riwayatnya.
Ok, yang menjadi isunya adalah selepas kematian Britanny Maynard ni, memang ramai la orang yang bersimpati dengan ppesakit-pesakit yang menghadapi penyakit yang tak boleh diubati. memang banyak gerakan yang buat petition kepada kerajaan negara masing2 untuk membenarkan undang-undang ni tapi ramai juga yang membantah.
Masa ni la Z berfikir, kalau ikutkan trend dunia sekarang tak lama lagi kita akan nampak beberapa state terutamanya negara-negara bebas di South dan North America yang akan membenarkan undang-undang ni. Dan ternyata biila Z baca artikel tadi, Z tahu telahan Z beberapa bulan yang lalu dah menjadi kenyataan.
Britanny Maynard ni bukannya kes pertama physician-assisted suicide. Z ingat lagi masa Z mula-mula menghadiri interview untuk masuk MBBS ni salah satu soalan popular yang ditanya oleh interviewer adalah isu Mercy Killing.
Sebelum ni pun banyak kes-kes yang sama yang belaku dan banyak perdebatan berlaku di kalangan ahli-ahli perubatan sendiri. Ada yang menyokong dan ada yang membantah. Malah ada yang mengatakan bahawa mercy killing ni merupakan salah satu tindakan humanitarian walaupun Z tak tahu lagi dari aspect mana tindakan ini dikatakan sebagai humanitarian. Memang betul doktor-doktor bertanggungjawab meredakan penderitaan pesakit-pesakitnya tapi bagi opinion Z, this is not the correct way to help people who are terminally ill. Usually this kind of patient will lose all hope in life and will undergo a severe state of depression. Every person has a different coping mechanism and for those who have a really low self-coping mechanism, they will think of the easiest way to get out of this adversity.. Easy way out which means death. Bila mana seseorang nak bunuh diri secara logiknya, sebagai komuniti kita bertanggungjawab menghalang mereka-mereka ni untuk bunuh diri tapi dunia sekarang ni terbalik pula. Z yakin dengan adanya undang-undang ni lagi ramai mereka yang sebelumnya ragu-ragu dan masih ada lagi sisa-sisa rasa nak hidup ni terus buat keputusan untuk mati.Jadi Z terfikir apa relevannya undang2 ni diluluskan.

Kalau sebut sahaja isu mercy killing terutamanya bagi rakyat Malaysia yang majoritinya berbangsa Islam ni, pasti ramai yang menolak legalization physician assisted suicide ni. Bagi Z sendiri Z memang menentang isu ni sekeras-kerasnnya. Bukan sahaja 'act' ni menentang hippocratic oath dan juga Geneva declaration, tapi ternyata menentang ajaran Islam tu sendiri. Bagi Z lagi banyak kerugiaan daripada faedahnya bunuh diri ni.
Kita perlu ingat dunia sekarang adalah dunia teknologi, dunia IT dan dunia yang sentiasa pesat membangun. Dunia kita yang hari ini lebih maju daripada dunia yang kita tahu pada hari sebelumnya. Kalau kita tengok sekarang ini beratus ribu bentuk kajian,, reaserch dan trials ttengah dijalankan sekarang ini. Malah, sepanjang Z cuba menaip beberapa patah perkataan ni pun Z yakin para-para saintis dan mengumpulkan berpuluh-puluh ribu data tentang kajian yang mereka jalankan sekarang ni. Katalah kita dah putus harapan dan sebagainya, hari ni pun kita buat la physician induced death ni, tapi malangnya buat kita dan beruntungnya buat orang-orang yang tak pernah berputus asa ni, ada kaedah perubatan baru diperkenalkan. Tak ke rugi kita masa tu nanti? Kan? Kan?
Z yakin tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan kecuali mati. Kalau dah sampai masa untuk kita mati memang kita akan mati juga. Tapi biarlah mati dalam keadaan yang baik. Mati secara membunuh diri ni membuktikan kita manusia yang penakut. Takut untuk menempui ujian yang Allah bagi. Dan juga bukti kita tak menghargai dan bersyukur dengan apa yang dianugerahkan kepada kita. Betul tak?
surah al-Baqarah ayat 286:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdo’a): "ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".
Masa ni la Z rasa bersyukur dilahirkan sebagai seoang Muslim, diasuh dan diajar tentang kekuasaan Allah dan ditatih dengan sikap reda. Alhamdulillah Ya Allah....
Ya betul, kita yang sihat ni takkan tahu betapa pedihnya penderitaan yang sakit, bercakap memang senang tapi orang yang menghadapinya sahaja yang tau syurga ataupun neraka yang mereka tengah lalui sekarang, tapi bagi Z dalam dunia ni bukan kita sorang sahaja yang sakit, bukan kita seorang sahaja yang menderita. Orang lain pun menderita juga malah mungkin lagi teruk daripada kita.Itu pentingnya bagi para doktor-doktor dan pegawai-pegawai perubatan mahupun ahli keluarga pesakit untuk cuba memberi sokongan dan pemahaman pada mangsa-mangsa ni agar konsep reda tu masuk dalam hati, masuk dalam fikiran dan dapat diaplikasi.
Banyak program-program yang dijalankan untuk mereka-mereka yang menghadapi 'terminal illness' ni termasuk terapi berkumpulan. di mana mangsa-mangsa yang sakit ni akan dikumpulkan bersama-sama untuk berkongsi kisah hidup dan penderitaan mereka. Yang penting untuk mereka ini adalah cara penerimaan mereka tu sendiri. Bila kita tengok orang ain yang sakit, mentally nya kita nak jdi seseorang yang lebih kuat, lebih cekal dan tabah. Itu memang fitrah manusia sendiri.

Kesimpulannya, walau negara mana sekalipun yang membenarkan mercy killing ni, kita sebagai individu perlu berfikir dengan matang, dengan tabah. Jangan ingat benda yang buruk sahaja, ingat juga perkara-perkara yang menggembirakan. Mungkin walau ditakdirkan yang kita hanya akan hidup buat sesaat lagi, hargailah waktu sesaat tu. Jangan sia-siakan peluang yang diberikan kepada kita untuk berbakti. Ada orang mati tak ada warning pun. Tahu-tahu je dah jatuh gaung mati. Kita sebagai manusia tak perlu terburu-buru, bila dan sampai masa untuk mati, kita akan mati juga. Kenapa nak ambil short cut? Betul ke 'short cut' tu akan buat kita dan orang disekeliling kurang menderita? Betul ke? Kita tak tahu sebab masa depan tu bukan sesuatu yang nyata dan bukan sesuatu yang pasti. Yang kita dapat buat adalah menharungi hidup dengan fikiran yang positif dan tabah sebab Z yakin perkara ni akan meninggalkan memori yang lebih baik untuk orang2 yang menyayangi kita.
QS. Fushilat : 49
‘Manusia tidak jemu memohon kebaikan dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa dan putus harapan.’ QS. Fushilat : 49).
Pada surat Al Insyirah yakninya :
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (1) وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ (2) الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ (3) وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ (4) فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (5) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (6) فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ (7) وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ (8)
Artinya :
“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,(1) Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,(2) yang memberatkan punggungmu? (3) Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. (4) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, (5) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.(6) Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, (7) dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.(8)”
.